Friday 17 May 2013

who am i?

assalamualaikum dan selamat jam 1 pagi.ehh ade ke camtu?ahh lantak laa.mesti korang tak tahu menahu pasal aku kan.ni haa nak cecer dgn korang la ni.sebelum tu, korang buka besar besar telinga dan zipkan mulut anda.baca dalam hati je k.ni rahsia kite kite je.

once upon a time...


Melanau merupakan sesama dengan suku kaum Iban. Orang Melanau tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu. Masyarakat Melanau yang bukan beragama Islam mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok.
Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah dan saya merupakan orang Melanau Mukah.


Mukah merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak dengan keluasan 2,536 km2. Kawasan pentadbiran bahagian Mukah meliputi bandar Mukah, pekan Balingian dan Selangau mengikut pembahagian kawasan terbaru,Dalat turut dimasukkan dalam bahagian Mukah. Bandar Mukah yang didirikan di tepi Sungai Batang Mukah berada sejauh kira-kira 3.5 jam perjalanan dari Sibu. Ia dibuka oleh orang tempatan dan kemudian ditadbir oleh residen ketika pemerintahan James Brooke. Mengikut banci tahun 2000, penduduk Mukah berjumlah lebih kurang 47,900 orang dengan kebanyakan mereka berbangsa Melanau.
Mukah mempunyai banyak keunikan yang tersendiri seperti makanan yang eksotik, budaya, kepercayaan, dan lain-lain. Mukah menjadi pusat kebudayaan orang Melanau dan "Pesta Kaul" yang diraikan pada bulan April oleh nelayan tempatan merupakan salah satu acara tahunan yang penting di sini.
Kawasan di persekitaran Mukah ialah tempat penanaman sagu yang penting. Kini, pembandaran telah dilakukan dengan pesat untuk menarik pelabur asing datang ke Mukah.


Pesta Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.
Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian.


Pokok sagu tergolong dalam tanaman dari famili Palmae yang mengeluarkan sulur. Pokok sagu banyak terdapat di Malaysia dan kawasan hutan hujan ASEAN.
Pokok sagu juga dikenali sebagai pokok Rumbia. Pokok sagu mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian antara 10–12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi. Pokok sagu juga merupakan sumber makanan asasi bagi kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya, dan Melanau.
Pokok sagu mempunyai banyak pelepah berbentuk pinnate 6-8 meter panjang yang mula-mula tegak kemudian perlahan-lahan melengkung ke bawah.
Pokok sagu mengeluarkan jambak bunga yang menghasilkan banyak bunga jenis dwiseks dan kemudian akan mengeluarkan biji-biji sagu. Bunga adalah jenis ‘protandrous’ di mana bunga jantan akan menjadi matang dahulu daripada bunga betina. Ini bagi memastikan pendebungaan kacuk (cross pollination) akan berlaku. Musim berbunga akan mengambil masa dua tahun di mana selepas ini pokok rumbia akan mati.

jadi ini la serba sedikit pasal bangsa aku.kalau nak tahu lebih lanjut cari la kat google sendiri ye.so, sampai sini je la hasil tulisan ku pada kali ini.

I am proud to be Melanau.


"pecah kaca pecah simen, habis baca like dan komen"

No comments:

Post a Comment