Tuesday 14 May 2013

hope?


assalamualaikum pembuka bicara.cewahh dah mcm nak berpantun pulak haha.agak rindu la nak buat penulisan kat sini.asyik upload gambar je kan, malas katanya.

tengok quote kat atas ni.sejak cuti ni macam2 hal yang berlaku.first, kitorang ada bootcamp under Enactus di Uitm Chendering, Terengganu.aku merupakan tech team yang handle semua slide, video dan annual report.memandangkan salah seorang yg under tech team yg sepatutnya handle video tu tak dapat datang, so terpaksa la aku sambung kerja dia.muka aku yang handle video??basic takde ape lagi software bagai tu.ke laut jugak la.aku lebih suka kerja slide and annual report.dah la video yang aku buat macam ayam, katanyaa.bila casting, aku nothing nak bagitau part mana nak dibuat kecuali video yang aku buat tu la.agak down la aku time tu sbb tak dapat tunjuk kebolehan yang ada seperti gajah di suruh melompat mcm kata memang tak laa.tp aku tak nak la tunjuk muka down depan kawan2 ku yang lain.aku hanya mampu senyum untuk sembunyi benda tu.aku memang teringin nak join national tu tp tak dipilih.walaupun tak dipilih, kitorang yang lain ada peluang di suruh buat annual report.dorang nak pilih sorang untuk diturun kan kewajipan itu.a bit relief when i heard that.dorang suruh hantar design at the end of April.so after aku balik dari sana, dalam beberapa hari tu nak pegi Kuching pulak.esok dah nak pergi Kuching, hari ni baru buat.aku start buat dari tengah hari tu sampai pukul 4 pagi.lepas siap aku terus email kerja aku kat dorang.then aku packing semua baju aku dan tido kira kira dalam pukul 4.30 pagi.pukul 5 lebih dah dibangunkan sebab nak berangkat after subuh terus.lumrah dalam family aku pantang nak berangkat akhir kalau perjalanan yang agak jauh.pada pagi tu dorang ada whatsapp aku, tanya semua no id, no ic, full name bagai.bunyi dorang mcm interest nak ambik aku.okay a bit excited laa dgn mereply semua tu.tapi lepas bagi semua tu senyap memanjang sampai aku balik rumah.aku check email, dlm email dorang aku tersenarai dlm pembagi idea design annual tu.maybe ada harapan untuk dipilih tetapi dorang terus senyap.aku mula memberanikan diri untuk tanya atas semua kerunsingan aku.aku agak confuse sama ada mempunyai pemilihan untuk membuat annual report tu or just minta idea dari kitorang.jawapan dorang ada tetapi menjadi masalah utama tempat tinggal.memandangkan aku dari sarawak agak susah untuk pergi.itu kemungkinan dorang tak pilih aku.bagi aku dalam hal ini memang la tempat tinggal menjadi masalah tp bkn untuk aku seorang, untuk semua.ramai lagi yang bukan or KL seperti dari negeri lain di semenanjung tu.malah orang KL kemungkinan perlu tempat tinggal yang terdekat dengan Uitm shah alam.takkan la dorang nak ulang alik  dari tempat tinggal dorang, maybe mengambil masa 30 minit nak pergi sana setiap hari pulak nanti.makin down pulak difikirkan kerana memnunggu jawapan dari dorang agak lama tp di hujung nya dapat khabar sebegitu.maybe sekarang aku still berharap aku dapat join tp terpaksa tanam dalam hati lupakan sampai ada satu masa aku nak berhenti dari Enactus ni.

okay agak panjang masalah yang pertama ni.jangan marah yee anda yang membaca ni.aku yakin yang second ni agak pendek.malas nak cakap secara detail hal ini.semasa masalah pertama berlaku, masalah kedua ni pun nak berlaku.agak bercampur baur perasaan aku atau dalam omputehnya mixed feelings.result final exam aritu.terlalu banyak dugaan time cuti ni.result aku?jangan tanya okay harap maklum.yang aku dpt bagi respond ada hmmm.hal kolej lagi, perlu cari tempat sewa lah maksudnya.masalah sentiasa datang tapi aku harus menghadapi semua ni.adalah gak masalah lain tp malas la nak cerita lagi.tapi pengalaman pegi Terengganu memang baru bagi aku.agak menarik la menjelajah ke tempat orang.

maybe sampai di sini saja hasil nukilan aku.kalau aku tak memaksa diri aku untuk berhenti sekarang memang panjang lagi kot.tapi jam dah agak lewat untuk orang muda seperti aku untuk tido.kan nak pegi sekolah pagi nanti, katanya.haa muka aku ni mcm budak sekolah ke??wei aku budak universiti la.sekarang tengah cuti.tengok baru je ckp tadi tp dah sambung balik cerita dia.eh lupa pasal quote atas.pengajaran aku untuk kali ni aku agak tabah menghadapi semua ni tanpa pengetahuan semua semasa kat sana dan kat rumah.aku tak tunjuk langsung muka down aku tapi semestinya orang takkan pernah tanya aku okay tak.yang pernah tanya tu aku tetap jawab aku okay tapi dalam hati siapa yang tau.mesti korang pernah mengalami benda sama kan.btw terima kasih kerana sudi baca.night peeps!

"pecah kaca pecah simen, habis baca like dan komen"

No comments:

Post a Comment