selamat petang readers!ni nak story sikit kat korang.malam tadi, aku ada terbaca satu blog ni secara x sengaja view blog insan ni.entry dia bukan main lagi, " warga semenanjung Malaysia adalah warga asing? " yg blog nya hak milik SCHAZA ZEDANE.aku pun terkejut melihat entri and apa lagi aku terus baca la isi kandungan nya.point point yg aku ingat time malam tadi adalah pasal dia kena tendang keluar uni, passport and ada la lagi.tak berapa nak ingat.nak ingatkan sangat pun tak penting.secara keseluruhannya pasal tidak kepuasan hati dia la.aku pun khusyuk membaca sbb ingin tahu pasal apa dia tak puas hati sgt dekat sarawak.smpai ckp pasal sistem pihak uni x bagus la apa.memang manusia ni tak bersyukur langsung.byk lagi lepasan SPM nak masuk tapi tak dpt.bersyukur la sikit weii.oh lupa!insan ini melanjutkan pelajaran nya dekat UNIMAS.some part insan ni ada memutar belit fakta pasal yg kawan dia tersesat drive pergi ke sarikei.tapi dari kuching ke sarikei jauh la.kemungkinan serikin.bkn pasal tu je, dia ckp org semenanjung tak boleh beli rumah dekat sarawak siap ckp kalau org sarawak belambak beli rumah kat semenanjung boleh, tp org semenanjung beli rumah kt sarawak tak boleh lak.then, ada sorang insan yg baik hati comment kat post tu menjelaskan perkara sebenar yg siapa ckp org semenanjung tak boleh beli.buktinya insan yg baik hati itu sendiri merupakan org semenanjung yg menetap di sarawak.yg aku heran, pasal kena tendang keluar dari kolej and cari rumah sewa tu perkara common.bkn hanya UNIMAS yg berlaku mcm tu.nmpak sangat pemikiran masih mentah tp ckp diri nya ketika di matriks dpt pointer yg bagus tp sejarah pun failed dan pasal bnda kecik tu pun nak kecoh nak ckp ni ckp tu pasal sarawak.pleasee la jadi matang sikit walau sebijakmana pun kalau perangai mcm ni tada guna maa.nampak sangat menipu.then, dia ckp org srwk tak berapa nak layan org semenanjung.biar betik manusia ni.kita org okay je, malah sambut baik kawan dari semenanjung.rasa nya kau tu yg memilih sangat kot dan tak tahu nak jaga perasaan orang lain.berkawan biar beribu, bermusuh jangan sekali cik akak oii!
pagi ni, aku dh tgk balik blog orang tu.dia telah meminta maaf atas entri yang telah dia buat and delete entri tu.alhamdulillah la kalau dia sendiri dh sedar.mana tak, banyak maki hamun yg dia dpt.nak kesian kat dia pun ada, and tak nak kesian pun ada.kalau part kesian tu, kesian bkn dia kena maki hamun, kesian sebab perangai dia mcm tu.berani buat berani tanggunglah.kan bagus kalau buat entri yg dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama manusia, pasti negara ini lebih maju dan tiada sebarang permusuhan antara rakyat yg akan berlaku.kalau boleh aku nak cadangkan kat kerajaan orang sperti dia ni patut masuk Program Latihan Khidmat Negara.baru dia sedar sikit and rasa bila bercampur dgn org lain tak kira kaum atau agama.banyak benda yg aku belajar dari sana.terima kasih kerajaan sebab mengambil aku sebagai pelatih.aku dan kawan2 yg sama dari sarawak dan juga dari semenanjung dapat bergaul dengan happy semasa menjalani latihan.kalau tak percaya tengok la entri aku national service part 1 and part 2.siap banjir kita org suma time nak berpisah.so, aku just nak cakap la.sebelum nak buat entri tu fikir dulu baik buruknya utk semua pihak.orang bersikap mcm ni dpt memburukkan persahabatan yg telah kami jalinkan kerana jikalau sebelah pihak A menganggap buruk terhadap sebelah pihak B, maka pihak B akan membuat sebaliknya pd pihak A.kalau dia tak sedar lagi kesilapan tu, tak tahu la aku dia ni jenis yg minat populariti yg murahan dgn memburukkan diri sendiri or sama waktu dengan nya.tp alhamdulillah dia dah sedar.aku sbg insan yg lemah juga menerima kemaafan dia walaupun mlm tadi agak kecewa dan sakit hati membaca nya.bumi mana tak ditimpa hujan.begitu lah juga manusia.sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah manusia yg memaaf.kalau orang lain belum memaafkan dia, nasiblah!spa suruh buat hal.and satu lagi, semenanjung, sarawak dan sabah adalah Malaysia.sekian, salam 1 Malaysia!
No comments:
Post a Comment